.........................................................................................................................................................................
Perlunya beRf!kir sBlm beRcakAp
RASULULLAH SAW pernah mengumpamakan lidah itu sebagai kunci segala perkara, yakni perkara baik dan buruk. Sabda Baginda kepada Muaz bin Jabal yang bermaksud: “Mahukah engkau aku beritahukan mengenai kunci semua perkara ini? Aku (Muaz) menjawab: Mahu wahai Rasulullah SAW. Lalu Baginda SAW memegang lidahnya dengan berkata: Awas, jagalah ini (lidah) baik-baik. Aku (Muaz) pun berkata pula: Wahai Rasulullah SAW, apakah kami akan dituntut atas tutur kata kami? Lalu Baginda SAW menjawab: Moga-moga Allah peliharakan engkau. Tiada lain yang akan menjerumuskan manusia menerusi muka atau batang hidungnya ke dalam neraka, melainkan tutur katanya sendiri.” (Hadis riwayat al-Tirmizi).
Demikianlah betapa beratnya bencana lidah itu sehingga boleh menyebabkan tuannya terjerumus ke dalam api neraka. Sehubungan itu, kita seharusnya menjaga dan mengawasi lidah daripada mengucapkan perkataan keji dan kotor. Di sampingnya, selalu ada bahaya menunggu.
Dalam menghuraikan peranan lidah, Imam al-Ghazali berkata: “Ketahuilah bahawa bahaya lidah itu amat besar dan manusia tidak selamat daripada bahaya ini, melainkan mengucapkan tutur kata baik saja.”
Oleh itu, kita seharusnya memanfaatkan nikmat lidah yang dikurniakan Allah untuk mengucapkan perkataan atau tutur kata yang baik saja. Segala perkataan dan tutur kata yang keji dan kotor wajib ditinggalkan.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah ia berkata yang baik atau berdiam diri saja.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud: “Jagalah lidahmu kecuali bila berkata baik. Dengan berlaku demikian, engkau mengalahkan syaitan.”
Umat Islam tidak seharusnya menggunakan lidah untuk mencela, mencaci, memaki hamun orang lain dan berbohong.
Amat mendukacitakan apabila ada di kalangan umat Islam yang sanggup melemparkan kata kesat dan keji kepada saudaranya. Mereka seolah-olah tidak memikirkan balasan yang bakal diterima nanti.
Sebenarnya, orang yang menggunakan lidah ke arah keburukan adalah orang yang tidak pandai menilai nikmat kurniaan Allah. Orang sebegini dianggap mengkufuri nikmat kurniaan Allah.
Kesimpulannya, sebagai orang beriman kita hendaklah selalu mengawasi perkataan dan tutur kata. Biasakan diri berfikir dulu sebelum mengucapkan perkataan.
Jika ternyata perkataan yang hendak diucapkan itu tiada bahayanya, ucapkanlah. Jika sebaliknya, hindarilah daripada berkata-kata.
erm...artikel yg baik tuk sume org...ye la kan kadang2 kte x tau pe yg ader dlm ht org len..
ReplyDeletesmetimes salah tafsiran leh trjadi..hihihih
"Malaysia Boleh"
mekasih en miharbi-sama...
ReplyDeletedah nama pown manusia kan,
mst la byk klemahn n prkara yg kt x sedar,
yg pentg akal mst disatukan ngan hati n berpandukan AQ n sunnah...
dah mcm ustazah bahiyah la plak...he3
stkt nk perli aku xpyh la nk kias2 mcm 2 ar!!!!..
ReplyDeletexpuas hati ckp dpan2 je beb...
weyy~ jgn gado2...aku nak exam neyh. Doakan aku. Wee~ Peace and No War dudes~
ReplyDelete~kak husna doakan tuk fatin...
ReplyDeletejwb exam leklok. kurgkan kontroversi, tingkatkan prestasi...
~entry ni digubal tanpa ad niat tuk menyakiti hati sesiapa pon, sama ada hidop mahupon tlah meninggal. hopefully, tidak disalah erti. sekadar mengisi ms lapang ditmbah dgn perkongsian ilmu. harap maaf jika ad yg terasa.
salam.. i follow!
ReplyDelete