Thursday, October 15, 2009

d0a se0rg muslimah

entry kali ni, ak nak serius(cehhh, hehehe). dlm bl0g ak yg dulu pon ak pnah post artikel ni. ak rasa, i sh0uld share wit all d gurlz(gurlz r u ready, hihihi). insyaallah untuk yg single mingle cam ak ni, we should start praying 4 our future husband(cayalah husna...hahaha). sm0ga kita semua mendapat jodoh yg dpt membimbg kita ke jln yg lurus, insyaallah(tetiba lak em0, ha3).

Ya Rabbi, Aku berdoa untuk seorang lelaki, yang akan menjadi sebahagian daripada hidupku.

Seorang lelaki yang sungguh mencintaiMU lebih dari segala sesuatu.

Seorang lelaki yang akan meletakkanku pada kedudukan kedua di hatinya setelah Engkau.

Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untukMU.

Seorang lelaki yang mempunyai sebuah hati yang sungguh mencintai dan haus akan Engkau dan memiliki keinginan untuk menauladani sifat-sifat Agung-Mu.

Seorang lelaki yang mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup, sehingga hidupnya tidaklah sia-sia. Seorang lelaki yang memiliki hati yang bijak bukan hanya sekadar otak yang cerdas.

Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormati aku.

Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi dapat juga menasihati ketika aku berbuat salah.

Seorang lelaki yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tetapi kerana hatiku.

Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu dan situasi.

Seorang lelaki yang dapat membuatku merasa sebagai seorang wanita ketika berada disebelahnya.

Seorang lelaki yang memerlukan dukunganku sebagai peneguhnya.

Seorang lelaki yang memerlukan doaku untuk kehidupannya.

Seorang lelaki yang memerlukan senyumanku untuk mengatasi kesedihannya.

Seorang lelaki yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna.

Dan aku juga meminta: Buatlah aku menjadi seorang perempuan yang dapat membuat lelaki itu bangga.

Berikan aku sebuah hati yang sungguh mencintaiMU, sehingga aku dapat mencintainya dengan cintaMU, bukan mencintainya dengan sekadar cintaku.

Berikanlah SifatMU yang lembut sehingga kecantikanku datang dariMU bukan dari luar diriku. Berilah aku tanganMU sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya.

Berikanlah aku penglihatanMU sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dalam dirinya dan bukan hal buruk saja. Berikan aku mulutMU yang penuh dengan kata-kata kebijaksanaanMU dan pemberi semangat, sehingga aku dapat mendukungnya setiap hari, dan aku dapat tersenyum padanya setiap pagi.

Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakaan "Betapa besarnya Engkau kerena telah memberikan kepadaku seseorang yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna".

Aku mengetahui bahwa Engkau menginginkan kami bertemu pada waktu yang tepat dan

Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang Kau tentukan.

Allahumma amiiin...


BERITAHU PADA MUSLIMAH ITU DIRINYA IBARAT KACA DISENTUH TERGURIS, DIHANTUK SERPIH, DIHEMPAP BERKECAI

BERITAHU PADA MUSLIMAH ITU JAGA TUTUR KATA CAKAP TINGGI NANTI DI BENCI TERLALU RENDAH DIPIJAK PULA CAKAP SOMBONG MENGUNDANG LAWAN HATI-HATI MELUAH KATA KERANA PULUT SANTAN BINASA KERANA MULUT BADAN BINASA BERITAHU PADA MUSLIMAH ITU JAGA TINGKAH LAKU HARGA DIRI LETAKNYA DI SITU JANGAN MELURUT IKUT TELUNJUK NAFSU SESEKALI TERSILAP LANGKAH AKAN DIHUKUM SELAMNYA KETURUNAN DICERCA MENYESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA BERITAHU PADA MUSLIMAH ITU JAGA PAKAIAN IA CERMIN PERIBADI BERITAHU PADA MUSLIMAH ITU SIMPAN SECEBIS MALU KERANA MALU ITU SEBAHAGIAN DRPD IMAN.



No comments:

Post a Comment

"Magical Template" designed by Blogger Buster